๐ฑFluffy Land โข Cyberjaya
Fluffy Dreams, Happy Cats ๐ฑ
Grooming lembut & profesional oleh groomer terlatih, serta hotel boarding yang bersih dan selesa untuk kucing anda.
๐ป
Apa Kami Tawarkan
โ๏ธDari mandi asas hingga grooming bertaraf pertandingan, oleh groomer terlatih.
Lihat grooming โ
๐จBilik bersih, selamat & bebas tekanan untuk kucing anda, dari kabin selesa hingga villa luas.
Lihat bilik โ
๐Pakaian kucing custom buatan tangan, bangga buatan Malaysia. Baju melayu, bib & collar batik.
Lihat fesyen โKenapa Pemilik Kucing Percayakan Kami
Groomer kami terlatih secara profesional & berpengalaman mengendalikan pelbagai jenis kucing.
Persekitaran bersih & selesa yang memastikan setiap kucing gembira dan sihat.
Layanan lembut & sabar, tiada tergesa-gesa, tiada express grooming. Penjagaan tenang & penuh kasih.
Dipercayai oleh ratusan pemilik kucing di sekitar Lembah Klang.
โ๏ธ Servis Grooming
Setiap pakej dilakukan dengan lembut & penuh kasih sayang. Harga akhir ikut saiz & jenis bulu, jadi WhatsApp kami untuk sebut harga tepat.
๐
โจ
๐ฉบ
๐
๐
๐ฆ
๐
โโฑ๏ธ Tiada express grooming, kami tak tergesa-gesa dengan kucing anda. WhatsApp kami untuk senarai harga penuh & sebut harga ikut saiz & bulu kucing anda.
๐จ Hotel Boarding
Pilih dari 9 jenis bilik. Harga adalah per malam.
๐ฑ
๐
๐ฐ
๐
๐
๐ก
๐
โญ
๐ฆRM10 sekali sahaja. Boarding untuk ahli sahaja.
Update gambar & video kucing anda, tersedia atas permintaan (upon request).
10% diskaun Premium Bath grooming untuk boarding 4 hari & ke atas.
Sebelum 12:00pm. Lewat selepas 1:00pm: +RM15. Tiada caj jika check-out dengan grooming.
Jika kucing ada kutu/kulat, medicated bath adalah wajib (kos ditanggung pemilik).
Wajib untuk semua tetamu. Sila bawa kad vaksin.
๐ฒ Cara Tempah
Hantar kucing untuk grooming atau boarding dalam 3 langkah mudah.
Beritahu kami baka, saiz kucing & servis yang anda mahu.
Kami sahkan tarikh & masa yang ada untuk grooming atau boarding.
Datang pada hari tersebut. Kami jaga kucing anda dengan lembut & penuh kasih.
๐ธ Suasana di Fluffy Land






๐ฌ Video
Ulasan Sebenar
Mesej sebenar daripada pelanggan kami yang gembira ๐ฌ
๐ Juga dari Fluffy Land
Jenama sendiri pakaian kucing custom. Beli online di fluffylandfashion.com.
๐งฅPakaian tradisional Melayu untuk kucing anda, sesuai untuk Raya & majlis istimewa.
๐Bib comel & selesa, dibuat dengan penuh kasih sayang untuk kawan berbulu anda.
๐งฃCollar batik unik Malaysia yang menambah sentuhan warisan untuk kucing anda.
โจ Semua produk custom made & bangga buatan tangan di Malaysia. Mesej kami untuk reka bentuk & harga.
โ Soalan Lazim
Ya. Vaksin adalah wajib untuk semua kucing boarding. Sila bawa kad vaksin kucing anda semasa check-in.
Boleh, update gambar & video di atas permintaan anda.
Tidak. Kami tidak menawarkan express grooming. Kami ambil masa untuk pastikan kucing anda di-grooming dengan selamat dan selesa.
Kami buka setiap hari Selasa hingga Ahad, 10:30 pagi hingga 7:30 malam. Tutup setiap hari Isnin dan cuti-cuti tertentu.
Kucing yang hendak diboarding hendaklah bebas daripada kutu. Sekiranya sewaktu check in didapati terdapat kutu pada kucing, anda perlu membuat medicated bath dan meletakkan ubat kutu, atau pihak Fluffy Land boleh membatalkan tempahan boarding anda.
Kami tiada masa spesifik untuk grooming. Ia bergantung kepada keadaan kucing anda.
Over-grooming biasanya tanda stres, bosan, alahan kulit, kutu, atau kesakitan. Jika berterusan sampai botak atau luka, sebaiknya rujuk vet untuk kenal pasti punca.
Air liur boleh keluar bila kucing rasa relax atau manja, tetapi juga boleh jadi tanda masalah gigi atau gusi, loya, atau termakan sesuatu yang pahit. Air liur berlebihan dan berterusan patut diperiksa vet.
Kucing yang sakit atau lemah tidak digalakkan mandi kerana grooming menambah stres dan boleh memburukkan keadaannya, contohnya demam, lemah, atau lepas pembedahan. Kami utamakan keselamatan kucing, jadi eloklah ia pulih dahulu.
Boarding mengumpulkan ramai kucing di satu tempat, jadi kad vaksin wajib untuk memastikan semua kucing sihat dan mengelak penyebaran penyakit berjangkit. Ia melindungi kucing anda dan kucing tetamu lain.
Makanan sendiri mengelak masalah perut kerana kucing sensitif dengan pertukaran makanan secara mengejut. Baju atau selimut berbau rumah pula membuatkan kucing rasa selamat dan kurang stres semasa menginap.
Kami tidak pernah membuli kucing, sebaliknya kami melayannya dengan lembut dan sabar. Kucing memang berkelakuan berbeza di tempat asing: bunyi, bau dan sentuhan grooming seperti air, dryer dan gunting boleh menakutkannya walaupun ia jinak di rumah. Ini reaksi semula jadi, bukan tanda ia dianiaya.
Kutu telinga sangat mudah berjangkit melalui sentuhan dengan haiwan lain, barang, atau dibawa masuk oleh manusia seperti pada kasut dan baju. Jadi kucing indoor pun masih boleh dapat. Ia bukan tanda kucing anda kotor.
Kucing bersaiz besar atau super large mengambil lebih masa, lebih syampu dan lebih tenaga untuk di-grooming dengan betul dan selamat. Caj tambahan ini menggambarkan kerja sebenar yang terlibat supaya kualiti dan keselamatan sentiasa terjaga.
Kami faham anda mungkin terkejar masa, tetapi grooming kucing tidak boleh digesa kerana kucing perlu dilayan lembut supaya tidak cedera atau trauma. Kami sarankan anda tempah awal dan elak menghantar pada hari anda ada urusan penting.
Walaupun kucing anda jinak, grooming yang selamat dan menyeluruh seperti mandi, mengeringkan bulu sepenuhnya, memotong kuku dan mencuci telinga memerlukan masa. Bulu yang tidak kering sepenuhnya boleh menyebabkan kulat. Kami tidak menawarkan express grooming demi kebaikan kucing anda.
Jenis bulu ditentukan oleh struktur dan ketebalan bulu, bukan sekadar panjang yang kelihatan. Sesetengah kucing nampak pendek tetapi sebenarnya semi-long kerana lapisan bulu dalamannya. Ini mempengaruhi masa dan usaha grooming, jadi ia diambil kira dalam harga.
Double coat ialah kucing yang mempunyai dua lapisan bulu, iaitu lapisan dalam (undercoat) yang lebat dan lembut, serta lapisan luar yang lebih panjang. Bulu jenis ini lebih tebal, mudah kusut dan mengambil masa lebih lama untuk di-grooming.
Polyp ialah ketumbuhan kecil, biasanya bukan kanser, yang boleh tumbuh dalam telinga, hidung atau tekak kucing. Ia boleh menyebabkan kucing menggaru telinga, bersin, atau bermasalah bernafas. Jika disyaki, sila rujuk vet untuk pemeriksaan.
Selepas grooming atau boarding, kucing mungkin nampak murung, suka bersembunyi atau kurang aktif seketika. Ini normal kerana itu cara kucing menyesuaikan diri selepas pengalaman dan persekitaran baru. Ia biasanya pulih dalam sehari dua dengan rehat dan kasih sayang di rumah.
Sesetengah kucing berubah perangai selepas lion cut kerana ia terasa berbeza. Kehilangan bulu mengubah cara ia merasai suhu dan sentuhan, dan kadangkala ia rasa kurang yakin. Ini sementara sahaja, bulu akan tumbuh semula dan kucing akan kembali ceria.
๐ Kunjungi Kami
E-G-35, Biz Avenue 2 Neocyber, Block E,
Lingkaran Cyber Point Barat,
63000 Cyberjaya, Selangor
Selasa โ Ahad: 10:30am โ 7:30pm
Isnin: Tutup